Sayur

Resepi Dalca Tulang, Boleh Makan Dengan Roti Canai

resepi-dalca-tulang-boleh-makan-dengan-roti-canai

Resepi Dalca Tulang, Boleh Makan Dengan Roti Canai

Bahan-Bahan:

  • 1 kg tulang rebus empuk
  • ½ kg daging tetel (daging yang bercampur urat-urat) rebus empuk
  • 6-8 ulas bawang merah*
  • 5 bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 2 paket rempah dalca (kalau tak der guna rempah daging/ayam adabi)
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, cengkih)
  • 1 cawan minyak utk menumis
  • 1 kotak kecil santan KARA
  • 1 mangkuk air asam jawa

Bahan Sayuran:

  • 2 biji kentang
  • 1 peket jagung muda
  • 5-6 kacang bendi
  • 2 biji terung panjang
  • 1 batang carrot – di potong memanjang
  • 5 tangkai kacang panjang – di potong panjang 1 1/2 inci

Cara Masak:

1. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan. Tumis wangi. Kemudian masukkan bahan bertanda * yang dikisar sehingga wangi.

2. Masukkan rempah dalca atau kari daging dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan tulang yang telah direbus empuk. Gaul rata dan biarkan rempah sebati dengan tulang dan daging.

3. Masukkan air asam jawa dan semua sayur-sayuran kemudian masukkan santan. Masukkan gula atau nissan, ajinamoto dan garam.

4. Bila nampak sayur dah lembut boleh lah tutup api. Siap untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama roti canai.

Resepi Dalca Tulang, Boleh Makan Dengan Roti Canai

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar