Resepi Tart Nenas Premium Gemuk Padat Dengan Inti
Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu. Maaf, tart nenas premium gemoks nak tumpang lalu. Sihat ke semuanya, moga sihat-sihat saje ok. Ade yang dah standby biskut raya untuk tahun nie ke?
Bahan-Bahan:
- 250g pure butter salted
- 3 sudu bsr susu pekat
- 1/4 cwn gula pasir halus
- 2 biji kuning telur sahaja (saiz A atau B)
- Sedikit pewarna kuning lemon
- Sedikit esen vanila
- 2 sudu bsr minyak sapi
- 1/4 cwn susu tepung*
- 1 sudu bsr tepung beras*
- 1 sudu bsr tepung custard*
- 1/2 cwn tepung jagung
- 3 cwn tepung gandum cap rose (ayak)
Bahan Untuk Sapuan:
- Kuning telur
- Sedikit susu segar
- Sedikit pewarna kuning lemon
Cara Membuat:
1. Satukan butter (suhu bilik), susu pekat, gula, kuning telur, pewarna kuning, esen vanila, dan minyak sapi. Kacau guna senduk jer sekadar sebati sahaja.
2. Ayak bahan bertanda (*), masukkan dalam adunan tadi dan kacau rata. Tambah tepung jagung, kacau lagi. Last seklai, tambah tepung gandum yang dah diayak sikit demi sikit. Sambil uli guna tangan sampai doh lembut tak lekat di tangan serta boleh dibentuk, berhenti tambah tepung ok.
3. Terap doh dan letak inti, gulung cantik-cantik dan susun dalam dulang. Lapik dulang dengan baking paper supaya tak lekat bila dah siap bakar nanti. Sapu kuning telur pada permukaan tart nenas.
4. Panaskan oven, set suhu 170-180c dan bakar selama 20-30 minit atau sampai masak. Ikut suhu oven masing-masing yer. Dah masak, biar sejuk dulu baru susun dalam balang.
Nota: Tip gentel inti jem nenas supaya tak lekat di tangan. Simpan sekejap jem dalam peti sejuk sebelum gentel inti. Sapu minyak kat tapak tangan.
Jom Cuba Rasa Tart Nenas Gulung Premium Ni Fresh dari Oven >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Haspidah Hassan