Apam Jepun Atau Apam Balik Mini Inti Kacang Merah
Salam semua. Sis suka sangat beli apam balik mini inti kacang merah yang biasa jual di pasar malam tu. Tapi tak tau apa nama sebenar kuih tu, ada yang kata apam jepun.
Bahan A:
- 2 biji telur gred C
- 3 sudu besar gula
Bahan B:
- 2 cwn tepung gandum
- 1 cwn air
- 1/2 cwn santan
- 1 camca teh yis kering
- 1/2 camca teh soda bikarbonat
- 2 sudu besar marjerin dicairkan
- 1 camca teh esen vanila
- Sedikit pewarna kuning
- Inti kacang merah (beli je yang dah siap kat Kedai bahan Kek)
Cara Membuat:
1. Blender bahan A hingga berbuih dan gula hancur, ketepikan. Dalam bekas lain, bancuh semua bahan B. Kemudian, masukkan bahan A tadi dan kacau sebati.
2. Perap bahan dalam bekas bertutup selama lebih kurang 1 jam (hingga adunan kembang). Panaskan kuali leper, sapu minyak. Sapu minyak juga pada keliling acuan.
3. Tuang adunan 1/2 acuan. Sudukan inti, kemudian tutup dengan adunan lagi. Tutup kuali. Biar hingga bahagian atas dah mula mengeras boleh la balikkan. Bila kedua-dua bahagian dah berwarna kecoklatan, boleh la angkat.
Acuan macam tu boleh cari dekat sini >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Rahmah Rosmin