Ikan, Makanan Laut, Masakan Thai, Sambal & Pencicah

Ikan Masak Sambal Kicap Pedas ala Thai

ikan-masak-sambal-kicap-pedas-ala-thai

Ikan Masak Sambal Kicap Pedas ala Thai

Hai korang, dah masak ke belum uiii. Hari ni kakchik menyamar lagi jadi makcik Siam kapkumkap. Biasa bila masakan Thai je mesti ikan Siakap kan? Kali ni kita Kasi tukar, Ikan Masak Sambal Kicap Pedas ala Thai.

Kakchik guna ikan selar je wak. Sedap juga tau, janji pandai masak dan olah pasti menjilat jari punya.

Dah lama masakan Thai tu mesti tak lari dari penggunaan sos ikan, daun ketumbar, daun limau purut dan jus limau. Barulah cukup rasa masam masin manis kehidupan.

Meh kakchik tunjukkan caranya.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 10 biji cili api
  • 1 sdb sos ikan
  • 1/4 cawan kicap manis
  • Tomato
  • Jus limau
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar

Cili api tu ejas ya. Nak pedas tambah, kalau tak kurangkan kuantiti.

Cara Memasak:

1. Gorengkan ikan pilihan hati awak. Kakchik guna ikan selar je wak. Kita orang marhain pun tingin nak makan masakan Thai kan. Kalau nak guna ikan Siakap ke bawal ke salmon ke semua boleh. Janji ikan tau.

2. Cincangkan bawang dan cili. Tumis dalam minyak hingga garing. Guna je baki minyak goreng ikan tadi tu. Barulah makin sedap lauk kita nanti. Perasa ikan ada dalam minyak gorengan tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resipi Sambal Telur Hancur

3. Bila dah garing elok masukkan air 1/2 cawan air. Masukkan juga daun limau purut. Kacau-kacaukan, biarkan merenih. Bila dah merenih elok, masukkan kitap manis kita. Masukkan juga jus limau dan sos ikan. Kacau rata lagi dan biarkan kuah sedikit memekat.

4. Masukkan tomato, perasakan dengan garam dan gula ikut selera. Masukkan ikan dah boleh matikan api. Tadaaaa dah siap, sedap uiii. Makan dengan nasi panas. Sesuai juga ni untuk masak sahur. Cuba tau, barulah tau sedap ke tidak. Selamat mencuba.

Ikan Masak Sambal Kicap Pedas ala Thai

Resepi Oleh: Umi Watie