Resepi Puding Jagung Mudah Sesiapa Pun Boleh Buat
Salam dan hi semua, seperti dijanjikan saya nak share resepi mudah, siapa-siapa pun boleh buat tau.
Bahan-Bahan:
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 10 gram serbuk agar-agar
- 180 g gula
- 3 sudu makan tepung custard
- 2 sudu makan kordial jagung
- 1 tin jagung manis creamy
- 1 tin jagung manis (optional)
- satu sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan jagung manis ke dalam periuk, api jangan buka lagi. Kacau semua bahan hingga sebati dulu semua, baru hidupkan api perlahan.
2. Kacau bahan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, biarkan selama 1-2 minit, lepas tu baru tutup api. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 tin jagung manis (optional), sebatikan.
3. Seterusnya, masukkan puding ke dalam loyang 8 inci. Sejukkan sebentar baru sejukkan dalam peti selama 4 jam. Keluarkan, potong dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba semua.
Nota:
Puding resepi saya ni memang lembut jadi kena handle hati-hati tau sikit. Saya masukkan agar-agar sebab saya tak berapa suka texture kasar bila guna tepung custard banyak, jadi saya kuarangkan sikit dan gantikan dengan agar-agar.
Guna Loyang 8 Inci Dengan Cutter Ni Lebih Mudah >> KLIK Di SINI
Resepi Oleh: Muhammad Ali