Kek

Resepi Pastry Fruits Cake dengan Sos Vanilla Berkrim

resepi-pastry-fruits-cake-dengan-sos-vanilla-berkrim

Resepi Pastry Fruits Cake dengan Sos Vanilla Berkrim

Bahan-Bahan:

100g butter
160g gula halus (Aznie bubuh 130g je)
3 biji telur ayam (A @ B )
210g tepung gandum – ayak
1 s/k baking powder – ayak
1 s/t Vanilla flavor
1 s/t Lemon zest/kulit oren
100g sourcream/yogurt

+ Buah-buahan segar, seperti strawberry, blue berry, buah peach (aznie guna yang dalam tin je, yang segar mahal beno). Pastikan buah-buahan ditoskan dahulu ye, tak nak ada air.

Cara Buat:

1. Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja. Pukul dengan gula caster hingga creamy.

2. Pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih. Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan-lahan hingga telur hilang dari pandangan. Jangan over beat masa ni.

3. Masukkan vanilla flavor dan juga lemon zest. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.

4. Akhir sekali masukkan sourcream atau yogurt. Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je). Masukkan adunan ke dalam loyang 8′ yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu.

5. Kemudian susun la buah-buahan pilihan masing-masing dan tidak ‘watery’. Kemudian bakar pada suhu 160′ selama 45 minit. Guna api atas bawah.

6. Cucuk dengan lidi/cake tester untuk pastikan kek dah masak. Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan kek. Untuk dekorasi boleh dust dengan snow powder. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar dan tak larut dalam kek. Siap, boleh la dihidangkan.

+ Aznie bakar pada suhu 180′ selama 50 minit. Kemudian tukar api bawah je dan bakar kek lagi dalam 5-10 minit.
+ Aznie baru perasan yang resepi ni buah-buah takde gaul dengan gula macam sesetengah resepi. Sebab kalau buah digaul dengan gula buah akan jadi berair. Tu salah satu sebab kenapa buah korang tenggelam skit kebawah.

Creamy Vanila Sauce/Sos Vanila Berkrim

Bahan-Bahan:

Cuba Resepi Ni:  Kek Pisang Moist Guna Bahan Lebih Ekonomi

1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 s/k vanilla flavor
1 @ 2 s/b gula pasir (ikut kemanisan yang kita nak)
4 biji kuning telur

Cara Buat:

1. Panaskan susu cair, whipping cream juga vanilla flavor hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk. Tutup api.

2. Pukul kuning telur bersama gula hingga sebati. Masukkan campuran susu tadi yang masih panas kedalam telur tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati (Pastikan sentiasa kacau ye, jangan malas).

3. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan masak lagi hingga agak pekat. Sentiasa dikacau ye, jangan terlalu pekat sebab bila dah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi.

4. Siap. Tutup api, kemudian tapis ke dalam mangkuk. Sejukkan ia dulu kat peti ais baru dihidangkan bersama pastry fruits cake ye. Sedap macam makan aiskrim vanila.

Sumber : Ainie Syeema
Dicuba oleh : Aznie Khasri