Resepi Tart Telur Hong Kong, Wangi dan Rangup

Tart Telur Hong Kong style yang wangi dan ranggup resepi dari Mama Cheung. Resepi saya sertakan dibawah untuk anda cuba.

Resepi Tart Telur Hong Kong

Bahan A: Tart Pastri (11 biji tart bergantung size acuan)

200 gm tepung gandum ~ diayak
140 gm mentega/marjerin
75 gm gula icing ~ saya kisar gula kasar (lebih kurang)
setengah biji telur ~ pukul ringan 1 biji telur ambil separuh sahaja

Bahan B: Telur Kastard

2 biji telur
50 gm gula
150 ml air panas
50 ml susu cair/fresh milk
2 titis pewarna kuning telur jika suka

Cara membuat Tart Pastri

1. Mula mula sediakan doh untuk pastri. Pukul butter bersama bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum, uli sekejap masukkan telur adun hingga menjadi doh. Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.

2. Keluarkan doh, bahagikan doh kepada 11 bahagian atau bergantung pada saiz acuan tart yang anda gunakan.

3. Sapukan acuan tart dengan sedikit mentega/marjerin. Ambil satu bahagian doh dan bentuk/rapikan kan di dalam acuan tart. Buat sehingga selesai kesemua doh pastri.

Cara membuat Telur Kastard

1. Bancuh gula bersama air panas dan kacau hingga larut. Ketepikan supaya ia sejuk.

2. Pukul ringan telur bersama sama dengan susu segar pewarna kuning telur.

3. Kemudian masukkan air gula tadi dan kacau rata. Kemudian tapis sekurang kurangnya 2 kali untuk mendapatkan tart yang licin.

4. Panaskan oven pada suhu 180C . Masukkan perlahan lahan Telur Kastard ke dalam tart shell.

5. Bakar tart di dalam oven selama lebih kurang 25 minit atau sehingga filling “set”.

Nota: Saya tambahkan beberapa titis pewarna kuning telur supaya warna kuning lebih menyerlah. Boleh juga tambahkan sedikit esen vanilla ke dalam Telur Kastard jika suka.

Resepi oleh : Mama Cheung
Dicuba oleh : Mawar Wilsa