Ikan

Resepi Serunding Ikan Boleh Makan Dengan Pulut

resepi-serunding-ikan-boleh-makan-dengan-pulut

Resepi Serunding Ikan Boleh Makan Dengan Pulut

Tiap kali masuk bulan puasa arwah ayah akan beli serunding daging atau ikan untuk kami makan masa sahur. Bila ingat semua tu sayu rasa. Kali ni saya buat sendiri SERUNDING IKAN. Kalau arwah ada mesti dia yang tolong kacau serunding sampai siap. Alfatihah untuk ayah, jom la kita tengok resepi.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ikan selayang/kembung
  • 10 ulas bwg merah**
  • 5 ulas bwg putih **
  • 2 inci halia **
  • 2 inci lengkuas**
  • 3 sdb biji ketumbar – tumbuk
  • 2 sdb cili mesin (nak pedas boleh lebihkan)
  • 250 ml santan perah (saya guna KARA)
  • Gula, garam dan asam keping

Cara Membuat:

1. Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping. Setelah siap direbus sejukkan sebentar. Asingkan tulang dan isi. Blend isi ikan dan masukkan ke dalam kuali. Tulang-tulang pun diblend dan ditapis.

2. Blend sama bahan-bahan bertanda (**) kemudian masukkan dalam kuali yang ada isi ikan dan air tulang tadi. Masukkan santan, cili mesin, garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga serunding nampak kering.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

3. Letakkan serunding dalam dulang untuk sejukkan sehingga betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Sedap makan dengan pulut lemak atau boleh buat mini popia.

Resepi Serunding Ikan Boleh Makan Dengan Pulut

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar