
Sup Dumpling Halal Bersama Mee Wantan Kicap
Dumpling lembut berenang-renang dalam mulut. Puas hati buat sendiri boleh makan sampai puas. Cara dapur polis, tips dapatkan rasa mee wantan yang bersih, licin dan lembut macam mee tarik asli zie ada kongsi di bawah.
Bahan Inti Dumpling:
- 1 keping Isi ayam bahagian dada saiz besar
- 10 ekor isi udang
Kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat.
- Dumpling pastry (segera) secukupnya
- 1/2 batang lobak merah disagat halus
- 2 tangkai Daun bawang dihiris
- 1 sudu kecil Serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil Minyak bijan
- Serbuk maggi cukup rasa
- Garam & gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan di atas kecuali ‘Dumpling pastry’ dan kacau sebati.
2. Sudukan inti ditengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua, sapu lagi air keliling dan kelim setiap bucu wantan dengan kemas.
Bahan Sup Dumpling:
- Bebola ikan
- Tauhu telur lembut
- 4 Ulas Bawang putih tak perlu hiris
- 3 kepin hirisan Halia
- 1 biji bawang besar dipotong 4
- 1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
- 1 Kiub pati ayam
- 2 sudu besar serbuk pati ayam
- Garam & gula jika perlu
- Air secukupnya mengikut banyak kuah yg disukai
Cara Buat Sup Dumpling:
1. Rebus semua bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan. Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan, ambil kuah sahaja.
2. Masukkan dumpling yang dah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan. Kemudian tabur daun bawang. Dumpling timbul ke atas maknanya dah masak.
Cara Masak Mee Wantan:
1. Lerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dengan sedikit minyak. Kacau-kacau dan toskan, lalu bilas dengan air biasa.
2. Ulang proses ni 3 kali untuk dapat hasil mee yang licin bersih. Celur sekejap sahaja bukan rebus lama.
Cara Buat Mee Wantan Kicap:
1. Tumis bawang putih, setelah bawang garing keluarkan bawang. Masukkan kicap lemak manis, beberapa titik minyak bijan, sedikit kicap pekat, dan sedikit kuah sup dumpling.
2. Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan siap untuk dihidangkan.
Resepi Oleh: Aisyah Humaira