
Resepi Ayam Golek Pengantin Ayam Sangat Moist dan Lembut
Dah lama nak cuba buat ayam golek ala pengantin. Sebabnya teringat tak pernah la dapat makan ayam golek ni betul-betul. Masa sendiri kawin dulu sahih la tak sempat makan. Orang lain kawin pun tak sempat jugak. Haishhh tak leh jadi nih. Maka masa buat makan-makan father’s day aritu kak M pun try la satu resepi ayam golek nih.
Si empunya resepi orang lama, jadi cara pembuatannya step by step gituh. Bahan-bahan mudah sangat. Semuanya ada kat dapur kita. Perasan tak menu orang lama nih walaupun bahannya mudah tapi rasanya wau sangat.
Jom tengok resepi Ayam Golek Ala Pengantin. Serious memang sedap sangat. Ayam sangat moist dan lembut. Semuanya secukup rasa! Mesti anak-anak suka. Toksah cakap anak-anak suka, mak-mak pun mesti suka lah.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam (kak M guna yang 2kg lebih)
- 3 batang serai (tumbuk)
- 2 batang serai (ketuk)
- 6 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 2 sudu besar cili blend
- 1 inci halia
- 250gm santan
- 1 sudu teh kunyit serbuk
- 1 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1 kiub ayam
- Garam & Gula secukup rasa
Cara Memasak:
1. Sapu rata garam, serbuk kunyit dan minyak pada ayam. Perap 15 minit. Tumbuk serai dan bawang putih hingga lumat. Lumur rata pada ayam. Biar 15 minit.
2. Blend bawang merah, cili blend dan halia. Masukkan dalam kuali bersama santan. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, kiub ayam, garam dan gula. Masak sampai sebati.
3. Dah masak sejukkan sekejap. Dah agak suam ambil 2 batang serai yang diketuk tadi dan gunakan serai untuk sapu rata pes tadi pada ayam. Masukkan pes dalam perut ayam juga tau.
4. Akhir sekali, masukkan 2 batang serai tadi dalam perut ayam. Perap lagi ayam dalam 30 minit. Bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 180c. Dah siap!.
Resepi Oleh: Marina Ismail