
Spaghetti Meatballs Sos Marinara
Bekalan anak ke sekolah: Spaghetti dengan meatballs dalam sos marinara. Kalau buat lebih, boleh freeze untuk masa sibuk dan tak sempat masak.
7 ulas bawang putih cincang
1 camca kecil chili flakes (Kalau takde, ramas 1 biji cili kering hingga hancur)
2 tin x 400 gm whole Italian tomatoes
Secekak daun Italian Basil segar
1/2 sudu teh serbuk oregano
Garam
Serbuk lada hitam
Secubit gula
Cara Buat:
1. Dengan tangan bersih, ramas 2 tin whole tomatoes tadi. Biar agak hancur, tapi masih ada texture. Tambah air satu tin tomato tersebut ke dalam ramuan tomato yang sudah diramas.
2. Panaskan minyak zaitun (jangan terlalu panas), tumis bawang putih cincang chili flakes asal wangi, jangan sampai perang.
3. Masukkan tomato dan air tadi. Kacau, masukkan serbuk oregano dan garam.
4. Letakkan daun basil.. tak perlu potong, biar bulat dengan tangkai sekali. Biar daun terapung di atas kuah, tak perlu kacau. Masak hingga kuah pekat.
5. Apabila kuah telah pekat, hingga pecah minyak. Kacau daun basil sebentar. Setelah beberapa minit. Keluarkan daun basil. Perlahankan api, biar sos mereneh.
Sementara sos marinara memekat kita panaskan oven 180 darjah C dan siapkan Meatballs.
Bahan-Bahan:
500 gm daging cincang
1 biji telur
3/4 cawan serbuk roti
1 sudu teh garlic salt
1 sudu teh Italian Herbs
Sedikit garam
Freshly ground black pepper
Keju mozzarella dipotong kiub kecil
Cara Buat:
1. Masukkan semua bahan kecuali kiub mozzarella. Gaul rata.
2. Ambil sedikit adunan daging. Leperkan, masukkan kiub mozzarella dan bulatkan kembali.
3. Titikkan sedikit minyak zaitun atas meatballs. Bakar 12-15 minit.
Ada mozzarella yang escape, tak apa. Sejukkan sekejap.
Masukkan meatballs dalam sos marinara. Masak atas api perlahan, 5 minit.
Awas.. jangan lupa rebus spaghetti pula. Hidangkan dengan spaghetti dan keju parmesan atau mozzarella.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Ida Alina Salih yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Ida Alina Salleh.