Snek, snek

Marble Cheese Brownies Gabungan Coklat dan Cheese

marble-cheese-brownies-gabungan-coklat-dan-cheese

Marble Cheese Brownies Gabungan Coklat dan Cheese

Lama tak share resipi di sini. So, siapa suka gabungan coklat cheese boleh cuba buat ni. Brownies ni manisnya ngam-ngam sahaja. Tak manis letting. Jom cuba.

Bahan A:

  • 200gm dark chocolate compound
  • 100gm mentega

Bahan B:

  • 2 biji telur gred A
  • 150gm gula icing/gula halus
  • 1 sdk esen vanila

Bahan C:

  • 150gm tepung gandum
  • 40gm serbuk koko
  • 1/2 sdk baking powder
  • Adunan Cheese
  • 300gm cream cheese
  • 5 sdb gula icing/gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sdb tepung gandum
  • 1 sdk esen vanila atau 1/2 sdk esen lemon

Cara Membuat:

1. Cairkan bahan A. Saya cairkan dalam microwave satu minit. Boleh juga guna kaedah double boiler. Satukan bahan B. Gaul sekadar sebati dengan hand whisk atau senduk.

2. Tuang coklat yang dicairkan tadi. Panas-panas pun tak apa. Gaul sebati. Satukan bahan bahan C. Ayak dan masukkan ke dalam adunan coklat tadi. Adun rata. Tak perlu hingga kembang. Adunan memang pekat. Ketepikan dahulu.

3. Satukan bahan adunan cheese. Kacau sehingga licin (boleh guna hand whisk, mixer, food processor). Ketepikan. Panaskan oven dengan suhu 130’C api atas bawah. Griskan loyang saiz 10” inci.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Popia Sayur Sohun Dengan Sos Colek

4. Tompokkan adunan coklat dan cheese berselang-seli mengikut kreativiti masing-masing. Ratakan, gelek-gelekkan loyang (betul ke ayat daku ni), dan hentak-hentakkan loyang supaya adunan rata.

5. Corakkan seperti marble menggunakan lidi. Lalukan lidi secara rawak di dalam adunan choc cheese tadi. Hentakkan lagi. Bakar selama 30 minit dahulu. Set jam. Selepas 30 minit, tukar pula kepada api bawah sahaja dan bakar lagi selama 10 minit (total masa membakar: 40 minit). Siap.

Nota: Masa panas, adunan cheese memang agak lembik sedikit. Apabila sejuk, brownies akan set atau kental keseluruhannya.

Marble Cheese Brownies Gabungan Coklat dan Cheese

Resepi Oleh: Noy Yullan