Soft Cookies Rangup Di Luar Chewy Di Dalam
Baiklah. Hari ni, saya cuba buat soft cookies buat pertama kalinya. I need cookies to cure my sadness. Resipinya saya rujuk resipi hasil perkongsian Tuan Adriana Arissa. Thank you, teacher. Resipi teacher memang tak pernah mengecewakan. Cuma, ada beberapa bahan yang saya ubah seperti penggunaan tepung. Saya gantikan tepung gandum dan tepung jagung kepada tepung kek. Saya juga gantikan penggunaan gula pasir kepada gula kastor. Sukatan soda bikarbonat pun saya tambah lagi 1/4 sudu teh dan saya timbang setiap doh biskut dengan berat 60g setiap satu.
Resepi ni ‘just nice’ untuk soft cookies kegemaran saya. Teksturnya rangup diluar dan ‘chewy’ di dalam. Insya-Allah, nanti saya nak cuba ‘create’ resipi untuk perisa yang lain pula. Jadi, kepada ibu dan ayah, masih sempat lagi untuk salin resipi ni dan cuba buat bersama dengan anak-anak tersayang di rumah sempena cuti sekolah yang masih bersisa beberapa hari saja lagi. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan (10-12 keping biskut):
- 125 g (1/2 cawan) mentega bergaram
- 60 g (1/4 cawan) gula kastor
- 80 g (1/2 cawan) gula perang
- 1 biji telur A/B
- 1 sdt esen vanila (saya guna creamy vanilla)
- 225 g (1 1/2 cawan) tepung kek
- 1/2 sdt soda bikarbonat
- 1/4 sdt serbuk penaik
- 150 g coklat gelap/coklat susu/cip coklat/kekacang
Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega di dalam ‘pan’ dengan api sederhana. Biar seketika sehingga sejuk. Masukkan mentega cair ke dalam gula kastor dan gula perang. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati dengan menggunakan ‘whisk’ sehingga adunan mencapai ‘ribbon stage’.
2. Masukkan bahan-bahan kering (tepung kek, soda bikarbonat dan serbuk penaik) ke dalam bahan basah. Kaup balik sehingga sebati dengan menggunakan spatula. Masukkan coklat gelap ke dalam adunan biskut. Kaup balik sehingga sekata. Bahagikan adunan biskut kepada beberapa bahagian. Bulatkan.
3. Sejukkan adunan biskut di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 1/2 jam. Setelah adunan direhatkan, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C-180C, api atas dan bawah (buka kipas) selama 15-20 minit atau sehingga sekitar biskut bertukar keperangan.
4. Apabila biskut telah dibakar dengan sempurna, keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum dialihkan ke ‘wire rack’.
Nota:
- Berat ideal doh setiap biskut boleh ditimbang di antara 50-60g setiap satu. Saya bahagikan setiap doh dengan berat 60g setiap satu dan saya dapat 10 keping biskut dengan menggunakan resipi ini.
- Saya bakar biskut pada suhu 180C, api atas dan bawah (buka kipas) selama 15 minit. Suhu yang digunakan bergantung pada keadaan ketuhar masing-masing.
- Saya timbang dan sukat bahan-bahan dengan menggunakan sukatan metrik untuk resipi ini.
Boleh Cuba Belgium Chocolate Cookies Ni, Rangup dan Penuh rasa Coklat >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah


