Resepi Chocolate Crinkle Cookies Rasa Fudgy dan Chewy
Unikkan cookies ni? sekali tengok macam cendawan shitake. Ni la die Chocolate Crinkle Cookies, mula-mula tengok kat page omputih buat. Tapi kite ejas sendiri bahan-bahan dan sukatannya. Sebelum ni 3-4 kali dah buat. Coraknya terhasil daripada salutan gula aising yang dibakar menjadikan cookies ni crinkle atau berkerut/merekah.
Suke sangat tengok mase die tengah merekah tu. Rasa dia tak crunchy macam cookies biasa tau, die rasa fudgy dan chewy gitu. Cuti-cuti sekolah ni anak-anak asyik ke dapo buka tutup peti ais cari makan. Jadi mamanya kene merajinkan diri buat kudap-kudap. Anak-anak suke makan, sekelip mata licin.
Bahan-Bahan:
- 2 biji telur A atau B
- 3/4 cawan gula pasir
- 6 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 1/2 cawan tepung gandum*
- 1/2 cawan serbuk koko*
- 2 sudu teh serbuk penaik*
- Gula aising secukupnya – untuk disalut
Bahan-bahan bertanda (*) di ayak.
Cara Membuat:
1. Satukan telur, gula, minyak dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga gula larut. Masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau hingga sebati. Adunannya agak lembut dan likat ye. Boleh ditarik dengan whisk. Tutup adunan dan rehatkan 1 jam di dalam peti ais.
2. Bulat-bulatkan adunan dan salut dengan gula aising. Proses ni kena cepat ya sebab adunan akan jadi lembut semula. Letak di atas dulang yang dilapik dengan baking paper. Jarak-jarakkan sebab biskut akan kembang bila di bakar.
3. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160c selama 15-20 minit, api atas bawah. Bila ditekan keras dan merekah, bermakna ia sudah masak. Sejukkan sebelum simpan di dalam balang kedap udara. Satu adunan saya dapat 44 biji cookies, bergantung pada saiz yang dibuat.
Tips cookies cantik merekah, salutan gula aising kene tebal ye.
Jom Cuba Almond Cookies Yang Sedap dan Rangup Ni >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah