Sarapan

Sarapan Mudah Lempeng Lembut Dengan Kacang Pool

sarapan-mudah-lempeng-lembut-dengan-kacang-pool

Sarapan Mudah Lempeng Lembut Dengan Kacang Pool

Sebelum admit ke hospital semalam, sis sempat buat menu orang Johor. Mohon maaf orang-orang Johor, sis buat Kacang pool atau foul tapi sis kawinkan dengan lempeng, lari dari kebiasaan. Suami sis orang jawa, suka lempeng dan kebetulan stok roti pun tak de. Sedap pulak makan dengan lempeng, kalau ada yang kecam, sis mohon maaf awal-awal.

Bahan Lempeng Lembut:

  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sb Minyak
  • 1 biji telor
  • Garam

Cara Buat: Blend semua bahan sampai sebati. Biar kejap dalam 10 minit baru la melempeng. Sedap dan lembut sampai petang. Semalam bawak simpan untuk makan malam disepital masih lembut.

Resepi Kacang Pool

Bahan-Bahan Tumis:

  • 3 Sb minyak sapi/ghee butter
  • 1 biji bawang merah (cincang halus)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 Sb serbuk lada hitam
  • 2 Sb ketumbar (ditumbuk halus)
  • 25gm serbuk kari daging

Selesai saja tumis semua bahan kat atas, korang boleh terus masukkan bahan utama untuk kacang pool ni iaitu;

Bahan Utama Kacang Pool:

  • 400gm daging kisar
  • 1 tin kacang foul/parang
  • 2 Sb gula
  • 1 tin kecik kacang bakar/baked bean
  • Garam secukup rasa
  • 1 tin kacang merah (sis tak letak sebab tak de bahan)
  • Air secukupnya
Cuba Resepi Ni:  Nasi Goreng Kerabu ala Kedai Tom Yam

Cara Memasak:

1. Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Jangan tinggal periuk tu, sebab nanti hangit kacang pool korang. Haha. Untuk kekacang tu, korang beli je kat pasaraya yang dah siap ada jual dalam tin. Tapi pastikan, semua kacang dihancur atau dilenyek sebelum masuk ke dalam kuali.

2. Agak-agak daging dan semua bahan dah masak sempurna, boleh lah hidang terus dengan lempeng tadi.

Sarapan Mudah Lempeng Lembut Dengan Kacang Pool

Resepi Oleh: Anida Azmi