Petua

Legakan Eczema Dan Miang Badan Dengan Oat

legakan-eczema-dan-miang-badan-dengan-oat

Legakan Eczema Dan Miang Badan Dengan Oat

Ada sorang cousin fiona, waktu kecik dulu, badan dia teruk naik eczema. Dia tersangatlah comel (sampai sekarang) tapi kesian bila tengok kulit dia yang merah dan mengelupas teruk satu badan. Dulu tak tahu dan tak pernah dengar pun pasal eczema ni. Maklumlah masih sekolah menengah lagi. Tahun 90an dulu awareness tentang sakit kulit eczema ke psoriasis ke, memang sangat kurang kan.

Banyak faktor eczema ni. Tapi fiona taknak tulis panjang-panjang malam ni macam artikel halba semalam. Sebab dah janji maghrib tadi nak bagi cara untuk melegakan eczema dengan cara mandian dan juga bedak sejuk guna OAT.

Kenapa Oat?

Sebenarnya, oat ni sangat soothing tau. Sangat berkesan untuk melegakan kegatalan, keradangan dan ruam akibat eczema. Bukan itu saja, oat akan buatkan kulit kekal lembab. Kulit yang lembab, akan kurangkan rasa nak menggaru. Kulit orang yang ada eczema ni sangat kering. Jadi mereka terpaksa bergantung kepada losyen untuk sentiasa bagi kulit lembab dan lembut.

Bila dah garu, tahu sajalah macamana luka yang akan jadi. Berdarah-darah terus. Luka ni akan mula menghitam dan makin teruk bila ada jangkitan kuman. Okay, ada banyak cara selain oat, tapi khas malam ni, fiona kongsi cara TERMURAH dan TERMUDAH dari BAHAN DAPUR saja.

Oat Untuk Mandian

Ini cara buat oat sebagai mandian baby atau kanak-kanak yang ada eczema.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan oat
  • kain lampin bayi atau stokin bersih
  • Air suam diisi separuh dalam besen mandian bayi

Cara Buat:

1. Masukkan oat ke dalam kain dan ikat sebagai bunjut. Kalau takde kain, boleh guna stokin dan ikat stokin, jadikan bunjut.

2. Rendam bunjut oat di dalam besen mandian selama 15 minit. Biarkan sehingga air bertukar warna seperti susu sepenuhnya. Rendam bayi di dalam besen mandian selama 10 minit. Kalau baby boleh mandi air sejuk lagi bagus. Guna air sejuk saja.

3. Sambil-sambil tu, ratakan air oat tadi ke seluruh badan termasuk kepalanya. Cukup masa, keluarkan bayi tanpa perlu dibilas, dan keringkan saja seperti biasa.

4. Kalau ada minyak kelapa dara, sapu minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara menyejukkan kulit dan buatkan kulit cepat sembuh dari luka-luka dan kuping-kuping luka.

Legakan Eczema Dan Miang Badan Dengan Oat

Bedak Sejuk Oat

Ini pulak cara buat oat sebagai bedak sejuk. Sebenarnya cara asal sangat leceh kerana perlukan masa yang panjang untuk rendam oat bersama beras, kemudian dibulat-bulatkan sebelum dijemur hingga kering.

Cuba Resepi Ni:  Tip Memilih Ikan Segar di Pasar

Jadi fiona bagi cara buat bedak sejuk paling ekspres saja. Sebab fiona tahu, ibu-ibu yang ada baby eczema ni, dahlah tak cukup tidur malam, takkan nak bagi pula resipi bedak sejuk yang memakan masa berhari-hari kan?

Jangan risau, insyaallah cara ekspres ni pun cukup berkesan. Cuba dulu ok.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan oat (kisar halus)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar madu asli (bukan madu picit yang dibeli di supermarket)

Cara Buat:

1. Gaulkan kesemua bahan dan jadikan bancuhan tu likat seperti pes yang bila disapu ke kulit, ia tak mudah jatuh. Boleh tambah madu sikit lagi kalau keras sangat. Sebab kelikatan madu yang fiona ada dan anda ada berbeza-beza.

2. Dah siap gaul, sapu je ke seluruh badan baby. Biarkan kering dalam 15 minit sampai dia lega. Dan gosok dengan kain sampai jatuh berderai.

Kenapa Ada Madu? Kenapa Ada Susu?

Sebenarnya, madu ni adalah antara remedy terbaik untuk rawat dan melegakan keradangan kulit orang yang ada eczema. Bukan saja boleh melegakan gatal, malah boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka akibat garu tak berhenti.

Kesannya? Kulit kurang berparut, lagi-lagi parut hitam dan saiz parut juga mengecil. Madu juga jadikan kulit sentiasa lembab tau. Kalau anda nak tahu, susu sangat bagus untuk cerahkan kulit secara semulajadi, dan kurangkan kemerahan kulit seperti udang terbakar tu.

Gabungan oat, madu dan susu bukan saja REDAKAN KEGATALAN ECZEMA, malah mempercepatkan proses penyembuhan luka, mencerahkan kulit dan kurangkan kesan parut hitam. Dah cuba, boleh kongsi result dalam post yang sama ni nanti ok.

Nota: Eczema boleh jadi tambah teruk jika anak anda alah pada susu lembu. Jadi boleh ganti dengan susu kambing atau air bertapis saja.

Anda Juga Boleh Dapatkan Sabun Mandian Honey and Oat Ni >> https://shope.ee/fsayU17AW

Legakan Eczema Dan Miang Badan Dengan Oat

Petua Oleh: Mastura Rashid