Sangat Mudah Resepi Kari Sardin ala Sri Lanka
Seperti yang di janjikan. Ada beberapa orang yang pm minta resepi kari sardin ala Sri Lanka selepas posting resepi roti naan cheese saya semalam. Ok, untuk kari sardin ni bahannya tak banyak. Kalau dah saya cakap guna bawang putih aja, jangan ditanya lagi tak ada bawang merah? bawang holland? bawang kuning? segala jenis mak bawang?. Haaaa, ingat ye jangan di tanya kalau tak ada tulis tu.
Resepinya sangat ringkas dan paling penting mudah nak buat dan confirm sedap. Kalau tak sedap tu mesti adalah tu yang tak kena.
Bahan-Bahan:
- Tomato – 2 biji potong dadu.
- Bawang putih – 8 ulas
- Lada hijau besar – 3 biji
- Serbuk kari – 2 sudu besar
- Gula – 1 sudu kecil
- Garam – 1/2 sudu kecil
- Sardin – 1 tin
Ok jom tengok cara masak pulak:
1. Bahan-bahan. Lada hijau dan bawang putih tu guna chopper aja. Jangan hancur sangat. Biar texture macam tu. Rempah kari tu ikut suka nak guna apa. Saya memang guna brand Santha. Panaskan minyak. Mula-mula tumis bawang putih dan lada hijau yang kita dah chopped guna chopper sampai naik bau.
2. Seterusnya, masukkan tomato dan kacau sekejap. Masukkan 2 sudu besar rempah kari dan kacau sebati. Masukkan setengah cawan air serta masukkan sardin 1 tin termasuk semua sosnya sekali. Masukkan gula 1 sudu kecil dan garam setengah sudu kecil.
3. Masak sampai menggelegak. Siap! Kejap je kan. Memang sedap sangat. Saya tak letak santan. Ikutkan ada letak santan tapi untuk saya yang suka kari tanpa santan ni memang dah cukup sedap dah. Bolehlah cuba buat roti naan dan makan dengan kari sardin ni ye.
Guna Sardin Jenama Ni Lebih Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Wan N Wan M


