Resepi Roti Naan Cheese Rasa Lembut dan Sedap

Resepi Roti Naan Cheese Rasa Lembut dan Sedap

Hari ni kita buat roti naan cheese. Biasa makan dekat mamak aja kan. Apa kata kita buat sendiri pulak kali ni. Rotinya lembut, dengan ada rasa masam dari yogurt tu buatkan lebih rasa sedapnya. Bahan pun tak banyak dan yang pasti, walau ini kali pertama buat confirm menjadi kalau ikut step by step ni bebetul.

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum – 600g/3 cawan
  • Yis – 1 paket kecil
  • Gula – 1 sudu kecil
  • Garam – 1/2 sudu kecil
  • Yogurt – 1 cup
  • Air suam – 1 cawan
  • Cheese
  • Garlic butter:
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Butter – 2 sudu besar (cairkan)
  • Daun Parsley – 1 tangkai

Ok, jom kita tengok cara buat pulak:

1. Mula-mula bancuh yis dengan 1 sudu kecil gula dan 4 sudu air. Kacau sebati dan biarkan 15 minit. Sementara tu, timbang tepung 600g atau 3 cawan. Masukkan dalam bowl atau besen atau apa-apa bekas yang sesuai. Masukkan garam 1 setengah sudu kecil, yogurt 1 cup, minyak masak dalam 2 sudu besar, dan masukkan yis yang dah kembang semangkuk ni.

2. Kacau dulu semuanya, kemudian masukkan air suam 1 cawan. Andai kata tak cukup, tambahkan sikit-sikit nak jadikan dia sticky doh. Dah siap doh ni, sapukan sikit minyak atas dia. Tutup bekas ni. Ikutlah nak tutup dengan apa, janji bertutup. Biarkan lebih kurang 30-45 minit untuk bagi dia kembang dengan jayanya.

3. Bila dah kembang cantik, dah boleh start menguli. Haa, sebelum tu sediakan siap-siap cheese apa kita nak guna. Ikut suka kita nak guna cheese apa. Saya lebih suka cheese Salim 3 segi tu. Taburkan sikit tepung atas doh. Dekat pencanai tu letak minyak sikit dan ulilah doh ni dalam 4-5 minit.

4. Lepas tu, ambillah doh besar penumbuk. Penyet-penyet je guna tangan dulu then letaklah cheese. Lepas tu balut semua jadikan bulat. Lepas tu, canaikan dia jadi leper tak leper sangat. Dah boleh masak atas non stick pan. Guna api perlahan ye.

5. Dah siap tu, boleh sapu garlic butter. Cara buat; Cairkan butter, masukkan bawang putih dan daun parsley yang dah dicincang halus. Terus sapu atas naan lepas naan dah masak.

Tengok tu. Sedapnye! Tak tipu. Saya habiskan half naan cheese ni tanpa cicah dengan kari pun. Makan gitu je dah sedap sangat. Lebih sedap kalau makan dengan kari sardin gaya Sri Lanka. Memang ngam makan naan cheese dengan kari ni.

Guna Cheese Jenama Salaim Ni, Baru Roti Naan Jadi Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resepi Roti Naan Cheese Rasa Lembut dan Sedap

Resepi Oleh: Wan N Wan M