Ayam

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat

resepi-ayam-masak-kicap-pedas-pekat

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat

Agak-agak kalau makan sepinggan nasi cukup? Ratah pula dengan bawang krup krap. Jom Kita masak.

Bahan-Bahan:

  • Ayam (dicuci bersih)
  • Cili kisar (8 sudu besar)
  • Ubi Kentang 1 biji (dibelah
  • Serai 1 batang (dikatok)
  • Rempah Sup 1 sudu kecil
  • Tomato 1 biji (dibelah)
  • Bawang Merah 1 biji (potong bulat)
  • Cili Merah 1 batang (potong serong)
  • Cili Hijau 1 batang (potong serong)
  • Air Asam Jawa (1 sudu kecil + 1 cawan air)
  • 1/2 cawan Kicap Manis (saya guna Cap Kipas Udang)
  • Gula
  • Kiub Ayam 1 kiub (jika perlu)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian, gorengkan ayam sehinga masak, angkat dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak dan Gunakan minyak yang sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak. Masukkan rempah sup, kicap, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan biarkan masak seketika.

4. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi, bawang merah, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat

Resepi Oleh: Nurul Ateekah