Sambal telur hancur ni saya belajar dari mak mertua saya. Masa belajar resipi ni mak mertua saya bagitau nama sambal ni sambal patah pinggang sebab nak tunjukkan betapa senangnya nak masak sambal ni sampai orang yang patah pinggang pun boleh buat katanya. Senang dimasak tapi tersangatlah sedap dimakan.
Resipi Sambal Telur Hancur
Bahan-Bahan:
- Segenggam cili kering
- 5 biji cili merah
- 2 ulas bawang besar
+ Blend semua bahan diatas
- 6 biji telur ayam
- Sekeping asam keping
- Garam dan perisa secukup rasa
Cara Memasak:
1. Tumis bahan blend dengan minyak masak kena letak lebih sikit ya biar sambal cantik garingnya nanti. Kacau perlahan sambal tumis sampai wangi dan matang. Api jangan besar ya nanti sambal hangit pula.
2. Bila sambal sudah separuh garing baru pecahkan telur dah masukkan ke dalam sambal tadi. Masukkan juga asam keping. Biarkan seketika jangan gaul telur cepat sangat ya nanti telur jadi terlalu hancur.
4. Bila nampak telur dah agak masak boleh gaul perlahan-lahan sampai sambal masak cantik rupanya. Akhir sekali perisakan dengan garam, perisa atau gula mengikut selera masing-masing.
5. Kemudian boleh tutup api dan hidangkan pada keluarga tersayang. Selamat mencuba!.
Resepi Oleh: Norlaili Osman