Makanan Laut

Resepi Sotong Sumbat Telur Masin

resepi-sotong-sumbat-telur-masin

Menu sedap yang boleh dicuba sendiri. Masakan saya banyak dipengaruhi cara makanan dari Thailand. Nak buat macam mana, saya memang suka sangat dengan makanan dari siam ni.

Resepi Sotong Sumbat Telur Masin

Bahan-Bahan:

  • Sotong (Saya pilih size yang gedabak sebab boleh sumbat telur masin tu banyak-banyak)
  • 4-5 biji telur masin direbus
  • Cili padi
  • Bawang besar
  • Daun bawang & daun sup
  • Tepung Bistari

+ Ikut suka la nak boh banyak mana. Kalau suka pedas, lebihkan cili padi tu. JANGAN MASUKKAN GARAM DAH YER.

Cara Buat:

1. Potong-potong je bahan-bahan tu. Telur masin tu saya rebus 5 biji, yang merah saya guna semua. Yang putih saya guna 3 biji je sebab tak nak masin sangat.

2. Gaul manja-manja je semua bahan tu. Masa gaul ni pun dah jenuh telan air liur.

3. Sumbat semua bahan dalam telur. Sumbat je selagi boleh. Dah sumbat, cucuk dengan lidi sebab tak nak terburai masa goreng nanti.

4. Celupkan sotong yang telah disumbat dalam tepung. Saya guna tepung bistari untuk celup sotong tu. Sedap tepung tu, ada rasa macam kehepsi, ada rasa macam Ikan Celup Tepung.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kari Ketam ala Mamak Tanpa Santan

5. Goreng sotong macam biasa je. Dah siap digoreng, potong la bulat-bulat gini, nampak tak telur tu. Kalau tak nampak memang saja la.

6. Gini la kejadiannya. Sotong tu kalau kokak macam tu aje pun dah sedap kan, tambah la kalau sumbat pulak telur masin dengan cili padi. Lagi la umpphhhh!!!

Resepi Oleh: Amy Catering