Nasi Ganja Ayam Goreng dan Kari Sotong

Nasi Ganja Ayam Goreng dan Kari Sotong

Nasi ganja, jangan risau tak jumpa ganja punya. Macam nasi kandar jugak, popular belah-belah Ipoh dan belah-belah utara. Lauknya ayam goreng mamak, kari sotong dan kuah kicap. Ada yang suka?

Resipi Nasi Ganja

Bahan Tumis:

  • Rempah 4 sekawan
  • Bwg besar 1 biji + Bwg putih 3 biji + halia (dikisar halus)
  • Bwg merah 3 biji mayang
  • Rempah kari 2 sb
  • Daun kari + pandan + salam
  • Susu cair 1/2 tin
  • Marjerin 1 sb
  • Beras Basmathi 1.2 kg (direndam 30 minit)

Cara Membuat:

1. Tumis 4 sekawan dengan minyak masak dan marjerin. Masukkan sekali daun pandan, salam dan daun kari. Tumis sampai wangi, kemudian masukkan bahan kisar, masukkan rempah kari dan biarkan sampai didih.

2. Masukkan beras yang telah direndam dan tos ke dalam periuk, kacau. Masukkan susu dan garam, rasa ikut kesesuaian. Tunggu nasi masak macam biasa.

Nasi Ganja Ayam Goreng dan Kari Sotong

Bahan Ayam Goreng:

  • Ayam 8 ketul
  • bwg merah 2 biji + bwg putih 2 biji + halia 1 inci + cili kering 10 tangkai – kisar sampai halus
  • Daun kari
  • Tepung beras 2 sb
  • Tepung jgung 1 sb
  • Serbuk kari 1 sb
  • Serbuk kunyit 1 sb
  • Garam gula secukup rasa

Cara Membuat: Gaulkan semua bahan dan masukkan sebiji telur. Perap selama 1 jam baru goreng sampai garing. Guna minyak yang banyak untuk goreng dan minyak betul-betul panas.

Nasi Ganja Ayam Goreng dan Kari Sotong

Bahan Kari Sotong:

  • Sotong 8 ekor
  • Bwg merah 7 biji + bwg putih 3 biji + halia + lada kering 10 tangkai (dikisar halus)
  • Rempah 4 skwan
  • Daun kari
  • Daun pandan
  • Cili kisar 2 sb
  • Bwg besar 1 biji mayang
  • Rempah kari 2 sb
  • Serbuk cili 1 sb
  • Serbuk kunyit 1sb
  • Biji sawi 1 sk
  • Gula garam secukup rasa

– Tidak guna santan.

Cara Memasak:

1. Tumis rempah 4 sekawan dengan bahan kisar dan biji sawi, daun kari dan pandan sampai wangi. Masukkan rempah kari dan rempah-rempah lainnya. Masak sampai pecah minyak, masukkan air dan tumis lagi sampai mendidih.

2. Seterusnya, masukkan sotong dalam 8 ke 10 minit. Tambah garam gula ikut rasa, angkat dan boleh hidang.

Nasi Ganja Ayam Goreng dan Kari Sotong

Bahan Kuah Kicap:

  • Rempah kari 2 sb
  • Serbuk kunyit 1 sb
  • Serbuk cili 1 sb
  • Kicap manis 1 senduk
  • Garam dan perasa

Bahan Tumis:

  • bwg merah 5 biji
  • daun kari
  • rempah 4 skwan
  • buah keras

Cara Membuatnya: Selepas bahan tumis wangi, masukkan rempah kari, serbuk kunyit dan cili. Tumis lagi, kemudian masukkan 1 cawan air, masukkan kicap manis, garam dan perasa. Siap. Selamat Mencuba.

Makan Nasi Ganja Dengan Sambal Minang Ni Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Nasi Ganja Ayam Goreng dan Kari Sotong

Resipi Oleh: Muliadi Ramli