Resipi Matcha Cheesecake Tanpa Bakar atau Kukus
Siapa peminat matcha? Boleh cuba buat kek cheese berperisa matcha ni. Cukup mudah tak perlu bakar dalam oven atau kukus. Cuma simpan kejap dalam peti sejuk dah boleh makan.
Bahan-Bahan:
- 100g digestive biscuit/Oreo/Biscoff
- 40g melted butter
- 200g cream cheese
- 200g whipping cream
- 100g yogurt (original)
- 65g gula kastor
- 10g matcha powder (larutkan dalam sedikit air panas, biar sejuk)
- 5g gelatin (dilarutkan dalam 25ml air, biar 15 minit, kemudian rendam bekas dalam air panas dan kacau-kacau hingga gelatin betul-betul larut)
Cara Membuat:
1. Bahangian Base/Crust; Hancurkan biskut dan gaul dengan melted butter hingga rata. Ratakan biskut dalam loyang sebagai base/crust. Jangan tekan padat sangat. Nanti base/crust keras sangat. Simpan loyang dalam peti sejuk.
2. Bahagian Cheesecake Batter; Dalam mangkuk, whisk cream cheese dengan menggunakan spatula. Whisk semasa cream cheese dah lembut. Masukkan gula dan yogurt. Whisk sebati. Pastikan takda ketulan.
3. Seterusnya, masukkan gelatin yang dah dicairkan tadi. Kacau rata. Dalam bekas lain, whisk whipping cream hingga sedikit kembang atau gebu. Kemudian, satukan adunan cream cheese dan whipping cream. Kacau rata dengan spatula je.
4. Masukkan matcha powder yang dah dilarutkan dalam air tadi. Kacau rata. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang. Ratakan. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam. Sedia untuk dimakan.
Guna Serbuk Matcha Asli Macam Ni, Baru Kek Menjadi Elok >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad


