Puding Biskut Cream Crackers 4 Bahan Sahaja

Puding Biskut Cream Crackers 4 Bahan Sahaja

Sebahagian lagi koleksi puding hasil ayo tangan opah. Puding yang tak banyak bahan, ikut le kreaviti kome nak olah ropenya ye. Kalau nak melapeh tu kena sabo banyak-banyak le. Nak buat dua tiga lapeh pun tak de salahnya, terpulang. Nak tuang sekali jalan, boleh je aih.

Bahan-Bahan:

Cara Membuat:

1. Sediakan loyang 7×7 sapu sedikit minyak. Rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang, kemudian toskan. Masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blender dan blend sehingga halus.

2. Seterusnya, bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih, terpulang pada anda. Masukkan pewarna (optional/milo) dan kukus selapis demi selapis sehingga masak. Setiap lapisan kukus selama 5 minit sahaja.

3. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit dan 5 minit akhir, bukak penutup kukusan. Tujuannya nak bagi air atas permukaan puding biskut kering. Siap dan sejukkan dahulu baru boleh dipotong.

Nota:

  • Boleh kukus menggunakan acuan kecil, lebih mudah
  • 2/3 cawan untuk setiap 1 lapisan
  • Opah guna loyang 9x5x2

Boleh Guna Loyang 9 Inci Macam Ni Baru Senang Untuk Dipotong >> KLIK DI SINI

Puding Biskut Cream Crackers 4 Bahan Sahaja

Resepi Oleh: Mas Cotek