Resipi Ayam Goreng Crispy 3 Bahan Sahaja

Resipi Ayam Goreng Crispy 3 Bahan Sahaja

Resepi ni sesuai untuk orang berniaga yer. So, sukatan memang agak banyak. Jadi kalau nak buat sikit, bahagikan sahaja ikut kesesuaian uols.

Bahan A:

  • 1 1/2 kg ayam

Bahan B Untuk Salutan:

Cara Membuat:

1. Perap ayam terlebih dahulu, ni uols bole ikut la sesuai selera nak perap macam mana. Hakak tak perap sebab ayam ni untuk anak je ha.

2. Campurkan bahan-bahan B. Ambil sedikit sahaja campuran bahan B tadi dan bancuhkan dengan sedikit air untuk celupan. Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung, gaul rata.

3. Lepas tu, celupkan ke dalam air celupan yang dah disiapkan tadi. Salut lagi ayam bersama tepung tadi sehingga korang dapat texture ayam tu macam ala-ala ayam goreng KFC gitu.

4. Terus goreng ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Goreng ayam sehingga masak. Bolehlah dihidangkan.

Nota:

  1. Untuk dapatkan ayam goreng masak sekata. Pastikan minyak betul-betul panas sekata.
  2. Masak dengan api sederhana besar selama 5 minit. Setelah 5 minit, turunkan pada api kecil dan goreng selama 15 hingga ke 20 minit.
  3. Last sekali, naikkan kembali api ke sederhana besar, goreng sehingga 5 minit lagi. Angkat ayam dan toskan.
  4. Kalau nak pedas, uols boleh tambahkan serbuk lada kering yer. Selamat mencuba uols.

Boleh Guna Tepung Ni, Ayam Goreng Jadi Rangup dan Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Ayam Goreng Crispy 3 Bahan Sahaja

Resepi Oleh: Umie Nurhayati