Rendang Ayam Pencen Cili Api Negeri Sembilan

Rendang Ayam Pencen Cili Api Negeri Sembilan

Sura rumah dah siap masak Rendang Ayam Pencen Cili Api N9 buat makan dengan ketupat daging dari Kelantan. Hampir 4 jam atas kuali untuk buatkan daging ayam pencen empuk sepenuhnya. Mari Ben bagi tips dan resepi untuk yang berminat. Rendang Ayam pencen ni sedap makan sebab isi dia pejal. Empuk dengan cara dia tersendiri. Sedap ratah makan kopeh. Okey untuk resepi rendang;

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ayam pencen sekitar berat 2.4 kilogram – dipotong kecil, bersih buang lemak semua
  • 2 kg santan segar
  • 1 keping asam keping
  • daun puding belacan

Bahan Kisar:

  • 4 sudu makan kunyit hidup – kisar yang dikisar dengan air minima
  • 15-25 lado kampung (pedas minima sahaja sebab Ben tak suka pedas sangat)
  • 3 batang serai – saiz besar potongan 7-8 cm setiap sebatang

Kisar 3 bahan ini sehingga lumat, air 500 ml.

Cara Memasak:

1. Masuk semua dalam potongan ayam terus masukkan 3 sudu makan tak membukit garam Halalgel Pink (dia kurang masin berbanding garam biasa) dan 1 sudu makan Hilal serbuk perasa.

2. Buka api sampai mendidih lepastu tutup kuali dengan penutup (ada terbuka sikit bagi wap keluar), api sederhana kecil dan reneh 2 jam. Bagi empuk ayam pencen.

3. Masukkan 2 kilogram santan segar dan 1 keping asam keping, dengan api sederhana kecil juga, masak lagi 1 jam 30 minit. Besarkan api sedikit dan mula keringkan baki santan untuk 30 minit ini. Masukkan juga daun puding belacan.

4. Dah siap, keluarkan asam keping. Dah sedia sedap dimakan. Minyak yang terhasil ialah minyak santan. Memang surrrr buat makan dengan ketupat. Silakan mencuba.

Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Premium Ni, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Rendang Ayam Pencen Cili Api Negeri Sembilan

Resipi Oleh: Ben Safwan