Ayam, Snek

Resepi Ayam Goreng Popcorn

resepi-ayam-goreng-popcorn

Resepi Ayam Goreng Popcorn

Bahan-Bahan:

  • 500 gm dada ayam | dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih| dikisar
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu the serbuk lada hitam
  • ½ cawan tepung
  • 2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
  • ¼ sudu teh paprika
  • ¼ sudu teh serbuk lada sulah
  • ¼ cawan mentega
  • 2 biji telur | dipukul
  • 3 cawan minyak masak

Cara Memasak:

1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.

2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.

3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.

4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.

5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.

6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.

7. Toskan minyak dan sedia un tuk dihidangkan.

ayam-goreng-popcorn