Daging

Resepi Rusuk Daging Lada Hitam

resepi-rusuk-daging-lada-hitam

Resepi Rusuk Daging Lada Hitam

Bahan-Bahan:

5kg rusuk kambing di potong seketul2 ikut citarasa. Di rebus dengan daun pandan, halia, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama garam dan gula hingga empuk. Kemudian tepikan.
1/2 cawan kicap manis
1 cawan stok rebusan daging
4 biji ubi kentang di potong dan di goreng
2 sudu besar bawang merah goreng
2 sudu besar sos lada hitam

Rencah ini untuk sos kuahnya, bahan-Bahan ini dikisar halus;

6 biji cili api
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1.5 inci halia

Rempah ini untuk digaulkan pada rusuk kambing yang sudah di rebus. Perap selama 1/2 jam. Bahan-bahan ini di tumbuk halus;

2 ulas bawang putih
1 sudu besar biji lada hitam
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu besar madu segar

Cara Membuat:

1. Panaskan 1/2 cawan minyak di kuali. Goreng rusuk daging yang sudah di rempah dan di perap tadi. Apabila rusuk garing di tepinya, angkat dan tepikan.

2. Masukkan bahan-bahan kisar, di kuali tadi dan tumis hingga ia bangkit aromanya. Masukan kicap manis, sos lada hitam, bawang merah goreng dan 1 cawan stok rebus daging tadi, gaulkan rata.

Cuba Resepi Ni:  Cara Masak Steak ala Restoren Mewah

3. Kemudian, masukkan rusuk goreng tadi bersama daun pudina dan gaulkan rata. Di kauli lain goreng ubi kentang yang di potong wedges atau memanjang alah fries atau bulat-bulat.

4. Sesudah masak rusuknya, taburkan bawang merah goreng dan daun pudina. Sajikan panas-panas bersama nasi putih atau nasi berempah. Selamat mencuba.

Resepi Oleh : Joha Hassan