Kuih Muih

Resepi Kuih Talam Keladi

resepi-kuih-talam-keladi

Resepi Kuih Talam Keladi

Bahan-Bahan:

Bahan A –

300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

Bahan B –

100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)

Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, balut tutup kukusan dengan kitchen towel.

2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.

3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi.

4. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 – 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.

5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.

kuih-talam-keladi