Resipi Kuih Kaswi Bersantan Lemak Manis Sedap
Kuih kaswi bersantan, ala-ala kuih khanom pheak phun di Thailand. Lemak manis, boleh makan dengan isi kelapa muda. Resepi sangat mudah. Orang buat jual kat tempat saya sebiji RM1. Satu adunan dpt 24 biji.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan air pandan
- 2 sudu besar air kapur (yang jernih)
- 3/4 cawan gula
- 3/4 cawan santan kotak
- sedikit garam
- sedikit pewarna hijau
Bahan Krim Santan:
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air
- 3 sudu besar tepung beras
- garam secukupnya untuk bagi rasa Lemak
Cara Membuat:
1. Kisar 5 helai daun pandan, tapis, ambil air Pandan. Masukkan semua bahan-bahan untuk kaswi dan kacau, boleh juga blend. Tapis adunan.
2. Sapu minyak pada acuan twister. Tuang adunan ke dalam acuan. Panaskan air kukusan, setelah mendidih, kukus selama 15 minit.
3. Biar kaswi sejuk dulu, baru keluarkan daripada acuan dengan cara cucuk sedikit dibahagian tepi kaswi dengan lidi satay dan angkat ke atas untuk tarik keluar.
4. Campurkan semua bahan krim santan ke dalam periuk, kacau sebati. Letak atas dapur dan masak dengan api perlahan. Kacau sehingga meruap dan meletup-meletup, sehingga sederhana pekat. Krim santan akan jadi lebih pekat bila sejuk.
5. Masukkan krim santan dalam piping beg. Picit dibahagian tengah kuih sebanyak mana yang anda suka. Hiaskan dengan bijan yang telah disangai. Boleh juga letak kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam jika tak suka santan. Selamat mencuba.
Boleh Guna Acuan Twister Macam Ni Untuk Kuih Kelihatan Cantik dan Menarik >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nur Masri


