Resipi Koleh Kacang Terengganu Dengan Pati Santan
Koleh Kacang Terengganu dengan pati santan atau taik minyak. Masa bulan puasa ni kalau kita buat dapat jimat sikit makan pun puas hati, boleh juga bagi kat jiran-jiran. Kalau beli kadang-kadang tidak kena dengan selera. Kadang-kadang terlebih manis atau keras atau tak ada rasa. Abam gunakan tepung kacang hijau Cap Bunga Rose, sesiapa berminat disertakan resipinya sekali. Selamat mencuba.
Bahan A: Taik Minyak atau Pati Santan
- Santan segar 1 1/2 biji kelapa
- Garam 1/2 sk
Cara Membuatnya: Santan 1 1/2 biji kelapa segar dicampurkan dengan 1/2 sk garam masak hingga santan kering dan jadi taik minyak. Ini mengambil masa sekitar 1 ke 1 1/2 jam. Ketepikan. Hati-hati jangan sampai hangus nanti rasa pahit.
Bahan B:
- Tepung kacang hijau Cap Bunga Rose 400g (disangai dahulu dalam kuali antara 5 ke 7 minit supaya tepung lebih wangi)
- Santan 2 kotak (400ml) kalau nak lemak lagi guna kelapa segar
- Air 1 liter
- Minyak Kelapa 6sb (minyak ini terhasil daripada taik minyak)
- campurkan semua bahan diatas dan kacau rata.
Bahan C:
- Gula Merah 250g (kalau suka manis boleh campur gula putih untuk lebih manis)
- Nisang 3/4 keping besar
- Daun pandan 2 helai
- Air 300ml
Air gula dan nisang dicampur air dan masak hingga cair. Ketepikan.
Cara Membuatnya:
1. Campurkan bahan B dan C, gaul rata bila sebati supaya tidak berketul. Masukkan dalam kuali (non stick) mudah supaya tidak melekat. Masak hingga tepung jadi pekat dan licin, menandakan tepung sudah masak. Jangan masak terlalu lama nanti koleh jadi keras.
2. Selepas itu pindahkan ke dalam loyang. Bila sejuk sedikit, taburkan bahan A (taik minyak) dan biarkan ia menjadi keras dan boleh dimasukkan dalam peti ais sebelum dipotong. Siap dan selamat mencuba.
Guna Tepung Kacang Hijau Cap Bunga Rose Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Muliadi Ramli


