Resipi Puding Kacang Merah Legend Pasti Menjadi

Resipi Puding Kacang Merah Legend Pasti Menjadi

Dah la mudah, kompom jadi punye lah. Ni arwah bonda dulu dok buat jual bila bulan pose. Makmaneh terkenangkan kesedapan dia tu yang buat lagi dan lagi. Sape peminat puding nak try ni Makmaneh share resepi.

Bahan-Bahan:

  • 1 peket serbuk agar agar yang plain.
  • 1 liter air (Kalau agak lembik boleh kurangkan air jadi 750ml)
  • 1c awan kacang merah yang dah direbus.
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • Esen rose
  • Daun pandan
  • Pewarna merah
  • Esen vanilla

Cara Membuat:

1. Masuk gula dengan serbuk agar-agar dalam periuk yang dah sesiap ada air. Masak sampai gula larut. Masukkan daun pandan, esen rose dengan pewarna makanan yang dibenarkan.

2. Sambil tu, masukkan santan, kacang merah, telur, tepung jagung dengan esen vanilla dalam blender. Blender la ikut suka nak hancur ke atau tak nak hancur.

3. Bila air gula dan agar-agar tadi dah mendidih, masukkan bahan yang dah siap blender tadi. Tunggu sampai mendidih pastu tutup api. Bagi sejuk sikit, masukkan dalam loyang atau acuan yang korang suka.

4. Tunggu sejuk pastu baru masuk peti ais eh. Tada, dah siap. Boleh la buat untuk juadah minum petang nanti.

Kalau suka share la resepi ni. Mudah mudahan pahalanya berpanjangan untuk bonda makmaneh.

Guna Loyang 9 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Puding Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Puding Kacang Merah Legend Pasti Menjadi

Resipi Oleh: Lia Yob Ibrahim