Resipi Kari Telur Terung Simple Tapi Sedap
Mak aku kan aku perhati je, dari dulu apa sahaja masakan melibatkan telur. Confirm jadi favourite ramai orang. Telur sambal ke, telur masak lemak ke, kari telur ke, atau kurma telur. Sebab rahsia masakan bertelur mak aku ni semua menggunakan “udang kering“. Kalau masak kari telur wajib ada udang kering dan tomato. Mak aku sentiasa ajar aku sifir-sifir bahan ni. Orang lama kan.
Bahan-Bahan:
- 10 biji telur
- 4 biji bawang merah – dihiris
- 6 ulas bawang putih – dihiris
- Sedikit udang kering halus
- 3 sudu besar rempah kari ayam/daging
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 biji tomato dibelah 4
- Sedikit cili hidup merah – dihiris
- 1 kotak kecil santan
- 1 biji Terung panjang – dipotong
- Gula dan garam
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Rebus 10 biji telur dan goreng telur tersebut. Bila goreng rempah melekat kat telur dan telurnya lebih sedap. Hiris 4 biji bawang merah sederhana, 6 ulas bawang putih.
2. Tumis bawang-bawang dengan menggunakan minyak goreng telur tadi. Dah naik bau, masukkan udang kering halus. Ini rahsia masakan telur jadi sangat sedap. Tryla.
3. Masukkan 3 sudu besar rempah kari ayam/daging. Masuk sedikit air, tumis sampai pecah minyak. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Masukkan sebiji tomato dibelah 4 dan hirisan cili hidup merah. Tomato adalah MSG semulajadi sedap ye. Masukkan telur yang digoreng, then tuang 1 kotak kecil santan.
4. Masukkan air. Ikut kuah yang kita nak, jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Didihkan kuah dan masukkan hirisan terung. Kalau tak suka tak payah masuk tapi kami suka. Masukkan sedikit gula dan garam. Tutup api. Siap. Selamat mencuba.
Makan Dengan Sambal Minang Ni, Sedap Dan Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Syalfarina Razali


