Agar-Agar Santan Gula Melaka Guna Santan Kotak

Agar-Agar Santan Gula Melaka Guna Santan Kotak

Cik Fieyza berkesempatan untuk buat Agar-agar Santan Gula Melaka. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi. Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah buat.

Bahan-Bahan:

  • Agar-agar tali – 2 bungkus besar
  • Santan – 2 kotak
  • Gula merah/ melaka/kabung – 250g
  • Gula putih (tambahan jika ingin lebih manis)
  • Garam secubit
  • Telur 2 biji
  • Daun pandan

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar hingga larut (sukatan air, lebih pada agar-agar). Masak gula merah bersama air serta daun pandan hingga larut. Dalam bekas lain, campur santan, telur dan garam. Kacau sebati.

2. Bila agar-agar sudah larut, tuang air gula merah dan tapiskan. Kemudian masukkan gula putih, suaikan ikut citarasa anda.

3. Tuang adunan santan dan telur ke dalam agar-agar. Perlahankan api, kacau sehingga dia menggelegak beberapa kali dalam 2-3 minit untuk dapatkan kepala santan yang cantik.

4. Bila dah sebati, tuang agar-agar ke dalam loyang. Adunan ni dapat 2 loyang besar. Jika nak buat sikit, boleh bahagikan bahan di atas. Siap.

Guna Loyang 8×8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Agar-Agar Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Agar-Agar Santan Gula Melaka Guna Santan Kotak

Resepi Oleh: Novelis Affieyza Isahak