Resipi Ikan Cencaru Masak Sambal Secukup Rasa
Aku nak ucapkan terima kasih dekat mak aku sebab ajar aku masak sambal sampai pandai. Sampai beranilah orang pertaruhkan kendurilah, jamuanlah untuk aku masak sebab mak aku yang ajar aku.
Ni minggu depan ni ada orang mintakkan sambal udang 3 kg untuk kenduri. Dia tak nak orang lain masak sambal tu melainkan aku atau mak aku je. Allahhh.. Meh aku share cara masak sambal mak aku.
Mungkin ada yang pandai je, tapi sebab aku selalu dapat komen bagi resepi sambal. Ni aku masak sambal ikan cencaru 6 ekor saiz sedang. Goreng dulu ikannya dengan serbuk kunyit dan garam.
Bahan-Bahan:
- 6 ekor ikan cencaru saiz sedang
- 12 biji bawang merah kecil
- 6 ulas bawang putih
- 3 senduk kecil cili kisar
- Setengah labu bawang holland – dihiris/diblend
- 1 – 2 sudu air asam jawa
- garam dan perasa
Cara Memasak:
1. Hiris atau blend 12 bawang merah kecil dan 6 ulas bawang putih. Bawang merah kecil lebih manis dan menjadikan sambal manis secara semulajadi. Jadi kita tak payah pakai gula banyak. Tumis semua bawang hiris dan guna minyak yang goreng ikan tadi.
2. Dah kuning-kuning bebawang tu, serta naik bau, masukkan 3 senduk kecil cili kisar. Besarkan aja api tu. Bila cili dah nampak garing, masukkan sedikit air dan ulang renehkan sambal sebanyak 2 hingga 3 cycle.
3. Masa ni boleh perlahankan api, bila dah kering lagi, masukkan air dan reneh lagi. Masa ni dah boleh masukkan setengah labu bawang holland dihiris. Nak blend pun boleh. Bawang holland bukan sahaja manis semulajadi tapi melemakkan sambal.
4. Masukkan sedikit air asam jawa. Agak-agak sesudu dua. Kalau nak tambah rasa manis dalam sambal lagi. Kalau nakla, lebih bagus pakai gula melaka asli. Kami ni memang pakai tu je. Gula melaka asli pun lemak-lemak.
5. Masukkan garam dan perasa jika perlu. Masukkan ikan dan renehkan seketika supaya meresap sambal dengan ikan. Ok dah siap. Sedia jela seperiuk nasi. Kalau ada kobis masak lemak lagi ngam. Selamat mencuba.
Lagi Bertambah Sedap Kalau Makan Dengan Sambal Minang Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Syalfarina Razali


