Resipi Donut Gulung Tanpa Telur Boleh Difrozenkan
Resepi cuti sekolah datang lagi. Walaupun kita masih single, kita gigih cari resepi yang mudah untuk mak-mak yang nak ajak anak-anak masak sama-sama. Kali ni kita buat donut gulung tanpa telur dan اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ akan menjadi dengan jayanya sebab saya first time buat pun terus menjadi. Yang penting jangan suka hati tukar itu ini. Karang tak jadi karang jangan salahkan saya pulak. Ok mari kita tengok bahan-bahan dia.
Bahan-Bahan:
- 300ml – Air Suam
- 6g – Yis (Nak senang, ambil separuh packet yis yang 11g tu)
- 500g – Tepung Gandum Serbaguna
- 85g – Marjerin yang dah di cairkan
- 25g – Gula
- 1 sudu kecil – Garam
- 1/2 sudu kecil – Pelembut roti (optional)
- 1/2 sudu kecil – Bread improver (optional)
Cara Membuat:
1. Ambil bowl atau besen atau apa-apa yang rasa bolehlah. Jangan ambil kuali pulak. Ok, masukkan air suam 300ml, kemudian masukkan Yis 6g atau separuh paket yis tu. Kalau nak buat banyak, boleh doublekan semua bancuhan.
2. Setersunya, masukkan gula 25g, masukkan marjerin yang dicairkan. Ni karang mesti ada yang tanya macam mana nak cairkan. Haa, guna kaedah double boil aje senang. Ok, kacau sebati.
3. Dah sebati, masukkan tepung 500g, garam 1 sudu kecil, bread improver 1/2 sudu kecil, dan pelembut roti 1/2 sudu kecil. Lepas tu uli lah semua bahan-bahan ni sampai jadi doh yang tak melekat dekat jari dah. Kalau melekat sikit-sikit tu halalkan aja. Kalau melekat teruk tu, tambah sikit-sikit tepung.
4. Dah siap jadi doh ni, sapukan minyak dekat atas doh dan permukaan bowl tu dan rehatkan doh dalam 45 minit – 1 jam. Jangan lupa tutup doh. Ok, selepas sejam. Elok dia mengembang, uli sekali lagi bagi keluar angin semua tu.
5. Sediakan pencanai untuk kita canai dia. Canai jangan nipis sangat. Agak-agak tebal dalam 0.5-0.8cm tu ok dah. Potong bahagian hujung tu. Kalau tak nak pun boleh. Guna aja yang last tu pun tak apa. Ok, sekarang kita potong ikut size kita nak. Jangan terlalu lebar. Buatlah dalam 1.5cm lebarnya dah cukup. Potong sampai habis. Jadilah rupa gini.

6. Lepas tu gulunglah. Nama pun donut gulung kan, bukan donut lipat. Sapukan air dekat hujung tu nak elak dari gulungan tu terbuka. Susun-susunlah dalam dulang atas parchment paper gini. Ok, biarkan dalam 10-15 minit sebelum menggoreng. Siapa nak makan buat banyak-banyak ni kan? Saya frozenkan aja semua ni lepas makan seketul aja.

7. Ok, mari kita start menggoreng. Siap! Bolehlah letak snow powder atau gula castor. Saya lebih prefer gula castor dari snow powder ni. Inilah hasil yang saya dah frozenkan hari tu, saya goreng kejap tadi. Masih elok gebu. Buatlah ye. Selamat mencuba.
Kalau Nak Buat Donut Bulat, Boleh Guna Acuan Donut Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Wan N Wan M


