Puding Roti Buah Berkeju Bersama Sos Vanila

Puding Roti Buah Berkeju Bersama Sos Vanila

Puding roti buah berkeju bersama sos vanila (Cheesy Fruity Bread Pudding With Vanilla Sauce) ini menggunakan Anchor Butter yang memberikan tekstur sangat lembut dan rasa yang menggugah selera. Taburan Perfect Italiano Parmesan Cheese menambahkan sentuhan rasa yang unik, menciptakan kombinasi rasa yang sempurna. Ditambah dengan siraman sos vanila yang wangi berkrim, hidangan ini menjadi pencuci mulut yang lazat dan memuaskan.

Bahan Puding Roti:

  • 13-15 keping roti
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 4 bj telur
  • 1/2 cawan Anchor Butter cair
  • 1 sdt esen vanila
  • 1 cawan Perfect Italiano Parmesan Cheese
  • Buah peach dalam tin, strawberry dan blueberry

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven 170C. Gris loyang empat segi 8x8x3 inch dan alas dengan baking paper. Potong tepi roti. Susun dalam loyang satu lapisan (susun rapat-rapat, jika ada bahagian-bahagian yang kosong isi dengan potongan roti).

2. Susunkan buah-buahan di atasnya. Taburkan Perfect Italiano Parmesan Cheese. Tutup lagi dengan satu lapisan roti. Ulang proses hingga habis.

3. Dalam bekas lain satukan bahan-bahan yang lain kemudian pukul sebati guna whisk. Tuang perlahan-lahan ke atas roti. Tekan-tekan roti guna spatula supaya adunan meresap. Susun lagi buah-buahan dilapisan paling atas. Biarkan selama 20 minit.

4. Bakar selama lebih kurang 40 minit. Biarkan sejuk seketika. Tuang sos vanila ketika dihidang.

Bahan Sos Vanila:

  • 400 ml susu evaporated
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan sirap buah peach dalam tin
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Penyediaan: Satukan semua bahan kecuali esen vanila. Didihkan sambil dikacau guna api sederhana hingga mendidih. Matikan api, tapis sos dan campurkan esen vanila. Kacau rata. Biarkan hingga sejuk kemudian simpan dalam peti ais sebelum diguna.

Nota: Tutup permukaan sos dengan plastik wrap supaya tak berkulit.

Boleh Guna Peach atau Blueberry Dalam Tin Macam Ni >> KLIK DI SINI

Puding Roti Buah Berkeju Bersama Sos Vanila

Resipi Oleh: Eka Zahra