Resipi Daging Dendeng Paling Mudah dan Sedap
Ada yang suka ratah, ada yang makan dengan roti. Alahai anak, suka betl diaorang! Kakak dengan uwais tak habis-habis puji “sedapnya umi lauk daging ni, nanti umi buat lagi tau!”. Jom zie share resipi paling mudah.
Bahan-Bahan:
- 1 kg daging lembu direbus tanpa potong. Mula-mula rebus dengan api besar, dah mendidih perlahankan api dan reneh hingga lembut. Jika air dah kurang dan daging masih liat tambah lagi air teruskan mereneh sehingga empuk. Periuk mesti tutup.
Bahan Kisar:
- 6 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai dihiris
- Halia sebesar ibu jari
- Lengkus sebesar ibu jari
- 4 biji buah keras
- 1 genggam cili kering direbus hingga lembut dan kisar asing (jangan kisar sekali dengan bahan di atas). Kisar dengan air panas hingga lumat.
Bahan Berikutnya:
- 1/2 cawan Kicap Lemak manis
- 1-2 sudu besar kicap pekat (untuk warna lebih menarik dan kurang manis)
- 4 helai daun limau purut
- 1/2 cawan Air rebusan daging
- Garam, Gula, Serbuk perasa dan Air asam jawa secukup rasa
- 6 biji cili padi merah
Cara Memasak:
1. Hiris nipis daging yang telah direbus awal tadi sehingga selesai dan tumbuk daging dalam lesung. Tumbuk sekadar tercarik sikit-sikit. Kemudian, gaul rata daging dengan kicap lemak manis hingga sebati, lalu goreng supaya caramelised dengan kicap. Jangan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Dengan api besar; Panaskan minyak dan masukkan 2 batang serai yang telah diketuk dan 1 senduk cili kisar. Jika suka pedas, boleh lebihkan. Tumis sekejap hingga cili pecah minyak.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi dengan api perlahan hingga pecah minyak, anggaran 45 minit atau lebih. Sesekali kacau untuk elak dari hangus (minyak mesti lebih dari bahan kisar supaya masakkan ni tahan lama dan sedap). Sambal dah pecah minyak bolehlah masukkan kicap lemak manis, kacau rata.
4. Masukkan daging yang siap digorang tadi ke dalam kuali sambal. Masukkan juga kicap pekat, garam, gula, serbuk perasa dan air asam jawa secukup rasa. Kacau rata. Tabur cili padi dan daun limau purut yang telah dibuang urat tengah. Bila semua bahan dah sebati, siap!.
Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Abang Syukor Ni, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Aisyah Humaira


