Resepi Kek Kukus Pink Ombre
Bahan-Bahan:
4 biji telur
200gm gula halus
1 sudu teh ovellete
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml santan
100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan
Esen vanila
Perisa dan pewarna
Cara Membuat:
1. Ayak tepung bersama baking pwder. Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan putih.
2. Masukkan tepung, mix sebati. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan tanpa warna, 2 lagi bahagian diwarnakan letak perisa yang disukai.
4. Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. Selepas itu, tuangkan adunan yang kedua. Kukus selama 10-15 minit. Akhir sekali tuang adunan yang ke-3, kukus selama 20-25 minit.
5. Pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api sederhana. Kukus sehingga masak.
Resepi Oleh: Yahh Nor Asiah – MAHN