Sambal & Pencicah

Resepi Kuah Kacang

resepi-kuah-kacang

Resepi Kuah Kacang

Bahan-Bahan:

1 kg kacang tanah
3 atau 4 senduk cili mesin (ikut kepedasan)
8 btg serai
1 inci halia
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
300 gm daging cincang
Gula
Garam
Gula kabung/melaka
Serbuk perasa (jika mahu)
Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Bersihkan kacang. Goreng tanpa minyak sehingga kacang masak. Sejukkan, ramas untuk buang kulitnya. Tampi kacang untuk asingkan kulitnya.

2. Blend kacang menggunakan pengisar kering. Sediakan periuk. Guna periuk nasi untuk rebus kacang yang telah diblender tadi. Tambah air dalam periuk. Kacau rata.

3. Sementara itu, potong daging cincang tadi. Bersihkan dengan tepung gandum. Bilas. Masukkan daging dalam periuk kacang tadi. Biar kacang dan daging empuk.

4. Potong serai, bawang merah, putih dan halia. Masukkan bahan potong dalam blender. Kisar.

5. Sediakan kuali. Masukkan 1 senduk minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Petua nak cepat garing masukkan sedikit garam.

6. Bila dah garing masukkan cili mesin. Masukkan gula pasir dan gula kabung. Kacau rata.

7. Biar cili garing dan tumis hingga naik minyak. Masukkan bahan tumis tadi dalam periuk kacang.

8. Kacau rata. Tambah gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. Biar kuah mendidih sehingga naik minyak. Hidangkan.

Resepi Oleh: Chek Kuna Ahmad – MAHN