Cara Buat Jagung Cawan ala Pasar Malam

Cara Buat Jagung Cawan ala Pasar Malam

Jagung cawan ala pasar malam Cara dapur polis. Zie guna jagung segar rasa lebih ranggup, berisi dan berair. Tips kupas jagung cantik sebiji-sebiji zie dah taip dibawah jom cuba korang!.

Bahan-Bahan:

  • 4 biji jagung
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • 3 sudu besar Marjerin SERI PELANGI (jika suka berlemak boleh lebihkan)
  • sedikit air panas dan garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Dalam periuk, didihkan air sama paras dengan jagung. Pastikan Api sederhana dan tutup periuk lalu biarkan hingga jagung empuk atau masak (jagung cepat masak).

2. Jagung dah masak boleh lah matikan api dan masukkan susu pekat manis, sukatan mengikut manis yang disukai.

3. Perasakan dengan garam dan marjerin secukup rasa. Jika suka, boleh juga parut cheddar cheese atasnya Siap.

Tip:

  • Untuk dapatkan hasil jagung yang berisi, ranggup dan berbiji. Kupas biji jagung bermula dari atas sebiji-sebiji dan turun ke bawah jadikan garisan ditengah-tengah.
  • Bila dah ada garisan bolehlah terus kupas bahagian tepi yang berbaki mengikut alur jagung. Hasilnya jagung cantik berbiji.

Makan Jagung Cawan Dengan Kopi Zus Latte Bacncuh Sendiri Ni Memang Ngam >> KLIK DI SINI

Cara Buat Jagung Cawan ala Pasar Malam

Resepi Oleh: Aisyah Humaira