Pastry

Resepi Churros Bersama Cinnamon Sugar dan Sos Coklat

resepi-churros-bersama-cinnamon-sugar-dan-sos-coklat

Resepi Churros Bersama Cinnamon Sugar dan Sos Coklat

Bahan-Bahan:

1/2 cawan minyak
1/2 cawan air
3 sudu besar butter, potong dadu
2 sudu kecil gula halus
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
piping bag plastik atau kertas

Bahan untuk Cinnamon Sugar (Salutan Gula Kayu Manis):

1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil serbuk kayu manis

– Gaulkan kesemua bahan.

Bahan untuk Sos Coklat:

250g coklat bar, cincang kasar
1/4 cawan butter
1/2 cawan susu full cream dutch lady

– Cairkan coklat, butter, susu dan gaul sehingga sebati.

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng kemudian.

2. Dalam periuk kecil masukkan air, susu, butter, gula dan garam. Panaskan sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan angkat periuk ke tepi.

3. Masukkan tepung dan esen vanila kemudian kacau sehingga tepung menjadi sekata dan adunan tidak berketul.

4. Masukkan pula telur dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam piping bag yang sudah di pasang nozze.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cheese Muffin

5. Paip adunan di dalam minyak panas dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan gaul bersama cinnamon sugar. Hidang bersama cinnamon sugar atau sos coklat.

Tips:

Sewaktu proses piping di dalam minyak panas, anda boleh pipe doh dalam anggaran 2 inci panjang setiap satu dan gunting. Boleh juga pipe doh sepanjang yang anda suka di dalam kuali dan apabila diangkat kemudian, terus gunting sekata anggaran 2 inci sebelum gaul di dalam cinnamon sugar.

resepi-churros