Resepi Ayam Bakar Berempah
Menu ayam lagi, Ayam bakar berempah. First time mix & match bahan perapan semua rempah panas bagi saya. Serbuk kari, cajun, paprika & banyak lagi. Tak kisar bawang cuma masuk garlic salt serbuk & serai tumbuk. Ok saya edit resepi penuh. Bahan boleh tambah, tukar, ubah sesuai selera ye. Takde paksaan, perkongsian adalah sekadar idea untuk bahan perapan masakan sahaja.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam cuci bersih, toskan & kelar
- 1 batang serai, tumbuk halus
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 1/2 sudu kecil paprika
- 1/2 sudu kecil cajun
- 1/2 sudu kecil bbq seasoning
- Sedikit garlic salt
- Sedikit serbuk halus blackpepper
- Sedikit serbuk roast chicken
- 1 sudu kecil +- garam
- Sedikit oregano
- 2 sudu besar minyak masak
- Sedikit gula @ madu
Cara Buat:
1. Mix semua bahan perapan, gaul rata. Perap ayam sekurangnya 30 minit. Saya bakar api atas bawah, api bawah suhu 180c, api atas 200c.
2. Selepas 15 minit, api atas saya turunkan suhu kepada 130c. Bakar sehingga masak. Bergantung suhu oven masing-masing ye. Total masa tadi lebih kurang hampir sejam.
3. Bila ayam hampir masak, saya tabur daun kari dan sambung bakar sampai masak. Fuhhhh. Aroma dia memang wangi.

Resepi Oleh: Dani Shoppe’s