Resipi Asam Pedas Ikan Jenahak Cara Saya

Resipi Asam Pedas Ikan Jenahak Cara Saya

Haritu saya tengok ada seorang chef ni masak asam pedas letak buah keras, terus dia jadi lemak dan lebih pekat rasanya, teringin pula. Jadi kita buat. Kali ini saya guna ikan jenahak. Memang ternyata sedap juga!.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2
  • 4-5 helai daun limau purut (buang urat)
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 genggam asam gelugor
  • Air secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam secukupnya
  • Mushroom seasoning

Bahan Kisar:

  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih
  • 1/2 inch lengkuas
  • 1 1/2 kunyit hidup
  • 1 inch halia
  • 2 inch belacan bakar
  • 5 biji buah keras

Cara Masak:

1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Setelah naik bau dan pecah minyak bolehlah masukkan air, asam jawa dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan mendidih.

2. Apabila sudah mendidih masukkan ikan jenahak, bunga kantan dan daun limau purut. Biarkan ikan mendidih sekali lagi atau biar sehingga ikan masak.

3. Kemudian, masukkan kiub ikan bilis, tomato dan perisakan dengan garam dan mushroom seasoning. Gaul rata dan siap untuk dihidang!.

Tips: Nama pun asam pedas jadi lauk mestilah rasa masam dan pedas. Jangan takut-takut untuk letak asam jawa atau asam gelugor banyak.

Guna Mushroom Seasoning Macam Ni Supaya Masakan Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Asam Pedas Ikan Jenahak Cara Saya

Resepi Oleh: Nurhayati Maleq