Resepi Kek Marble Red Velvet Dan Koko

Resepi Kek Marble Red Velvet Dan Koko

Semalam akak share resepi kek marble rose dan koko so arini akak nak share kek marble juge tapi resepi yang berlainan. Moh kita tengok resepinye ye. Sedap, gebu, dan wangi.

Bahan-Bahan:

  • 250gm butter @ marjerin
  • 1 cawan gula castor
  • 4 biji telur gred A
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil red velvet emulco
  • 1 sudu kecil coklat emulco @ 1 sudu besar serbuk koko (Ada jual di kedai bahan bakeri)

Cara Membuat:

1. Pukul gula dan butter sampai gebu dengan mixer selama 6 ke 7 minit sampai tekstur adunan boleh dilipat macam riben.

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul lagi sebati. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Mix sekejap dan siap.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian biarkan original tanpa pewarna. Satu bahagian letak red velvet emulco dan satu bahagian lagi letakkan chocolate emulco atau serbuk koko.

4. Sediakan loyang 8 inci yang telah dilapik dengan baking paper dan juga dilenser butter. Lapiskan adunan tadi beselang seli hingga habis dan lorek bahagian atas.

5. Bakar dengan suhu 180c selama 1 jam atau hingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Kenali oven anda ye. Jangan lupa panaskan oven 5 ke 10 minit awai sebelum bakar. Selamat mencuba!.

Guna Loyang 8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Kek Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Kek Marble Red Velvet Dan Koko

Resepi Oleh: Jaja Noriza