Mee

Resepi Yee Mee Taugeh

resepi-yee-mee-taugeh

Resepi Yee Mee Taugeh

Bahan Kuah:

5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inch halia (hiris)
5 tangkai cili kering (potong)
isi ayam secukupnya
cendawan shiitake kering (basuh bersih, potong dan rendam air panas sampai lembut. Toskan)
air secukupnya
minyak masak
kicap manis secukupnya
5 sudu sos tiram
1 asam keping
garam & gula perang secukup rasa
1 sudu tepung jagung (bancuh sikit air)
2 sudu tepung ubi (bancuh sikit air)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar serbuk lada hitam

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan lada kering potong & kacau sampai garing. Masukkan ayam, kacau dan tambah air.

2. Masukkan asam keping, kicap manis, sos tiram, lada hitam, garam, gula & cendawan shiitake. Kacau sampai mendidih. Perasakan garam & gula perang. Biar sampai masak.

3. Kecilkan api, masukkan air tepung jagung dan kacau. Tambah air tepung ubi dan kacau lagi sampai pekat dan mendidih. Jika kurang pekat, boleh tambah air tepung ubi lagi, sikit demi sikit. Siap.

Bahan Yee Mee:

1 keping yee mee
taugeh secukupnya (boleh ganti sawi atau bok choy)
1 biji telur
kuah yee mee

Cuba Resepi Ni:  Bihun Goreng Limau Purut Rasa Macam Tom Yam

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali/pan, api kecil. Letak yee mee dalam kuali dan biar seminit. Tuang kuah sekeliling dan atas yee mee.

2. Letak telur dan tutup kuali. Biar 5 minit. Letak taugeh, tuang yee mee kedalam pinggan. Hidangkan bersama cili jeruk. Siap.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli