Kuih Muih

Resepi Donut Bulat Gebu

resepi-donut-bulat-gebu

Resepi Donut Bulat Gebu

Bahan-Bahan:

Tepung gandum- 4 cawan
Butter- 3 sudu
Susu pekat- 3 sudu
Garam sikit
Air suam dalam 1 cawan (campurkan pada doh lepas dah satukan doh dengan bancuhan yis)
Yis- sepeket (kacau dengan air suam dalam 10 min)

Cara Membuat:

1. Gaulkan tepung gandum, butter dengan susu pekat sampai sebati (tak berketul).

2. Masukkan yis yang dah dibancuh tadi dan gaulkan lepastu masukkan air suam pulak, masukkan sikit-sikit air tu, sambil masukkan air sambil gaulkan sampai sebati. Kalau doh keras buh lagi air suam, kalau doh dah lembik tak payah buh dah, ulikan agak-agak doh tak melekat kat tangan, tak lembik tak keras.

3. Doh dah tak melekat-lekat, tutup doh dengan kain basah dalam 20 min (sampai doh kembang).

4. Lepastu tumbuk-tumbuk bagi keluar angin, boleh dah mendonut ikut citarasa kalian. Nak lubang tengah ke, nak berinti coklat atau cheese ke. Lepastu biarkan donut tu kembang/besar.

5. Lepas donut dah kembang/besar bolehlah goreng. Minyak banyak, panaskan minyak betul-betul panas tau, pastu kecikkan sikit api, tapi jangan masuk terus kang donut hangit. Biarkan api kecik sikit kejap baru masukkan donut. Goreng sampai emas-emas gitu warnanya. Jangan coklat sangat, jangan pucat sangat.

6. Siap goreng, terus golek-golek dalam gula castor takpun gula guna bancuh air tu blend kering jangan hancur sangat ya nanti jadi macam salji salut kat donut tak cantik.

7. Akhirnya, siap!! Jemput makan semua.

P/s: Ada yang tanya macam mana nak buh inti coklat/cheese tu. Mula-mula masa tumbuk-tumbuk doh tu, ambiklah doh bulat-bulatkan ikut kesukaan tuan/puan nak besar ke kecil ke. Lepas bulat-bulatkan tekan tengah-tengah doh jangan tekan dalam sangat, cara macam kita dok buat kuih/biskut makmur tu masa buh isi kacang. Isi lah inti coklat/cheese yang kalian suka, lepastu bulatkan kepalkan macam nasi tu cantik-cantik. Jangan kuat sangat nanti doh pecah, pastu kelim lah cantik-cantik, jangan kedut-kedut nanti dah goreng donut jadi menggerutu. Siap!! Senang je.

Inti coklat yang saya guna, coklat masakan jenama beryls (kalau yang bar potong kiub tapi nak senang guna yang coin ja Cepat, padat, mudah).
Inti cheese yang saya guna, cheese cheddar yang buku tu jenama bega. Potong kiub-kuib, kalau guna cheesedale pun boleh, pandai-pandai hampa lah nak potong macam mana. Jangan guna cheese parmesan dah lah.

Yis yang saya guna, yis jenama mauripan, alhamdulillah selama saya buat donut takda lagi rasa yis.
Tepung gandum yang saya guna, tepung cap ros tu (memang sesuai untuk buat kuih).
Butter yang saya guna, jenama buttercup tu tapi kalau takde butter, guna marjerin pun boleh. Asalkan seangkatan denganya.

Resepi Oleh: Nur Izatul Ain