
Resepi Pad Thai Kung
Siapa sini suka Pad Thai? Saya dah tak lalu nak makan nasi. So, buat Pad Thai je la. Resepi Pad Thai cara saya simple je.
Yang penting tak guna ajinomoto.
Bahan-Bahan:
**KueyTiow kering (Brand A1)
*Garlic 10 ulas (ketuk je)
*Bwg merah sebiji (potong kasar)
*Squid sos@fish sos
*Cili powder
*Gula merah/putih (agak-agak)
**Telur 4 biji
**Limau Nipis (saya takde ganti dengan Lemon)
Ikut la nak masam macam mana.
***Carrot (sagat halus)
***Daun ketumbar
*Minyak
**Udang(Kung)/Sotong/Fishcake/Kacang Tumbuk
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan bertanda * sehingga garing. Semua kuantiti agak-agak jela.
2. Masukkan bahan bertanda ** 1 by 1. Seafood bagi masak dulu baru masuk kueytiow.
3. Sebatikan rasa. Masukkan bahan *** pula. Gaul-gaulkan rata. Boleh hidang. Kalau nak pedas boleh buat cili potong pakai cili padi merah + cuka + kicap cair.
P/s: Saya tak cukup bahan. Pad Thai ori ada taugeh, daun bawang & kacang tumbuk, rasa dia ada masam manis masin. Tapi macam ni je pun dah sedap.
Resepi Oleh: Medina Shakur