Resepi Wantan Noodle Dengan Char Siew Chicken

Resepi Wantan Noodle Dengan Char Siew Chicken

Cara Buat Char Siew Chicken

Bahan Perap:

  • 2 ketul dada ayam tanpa tulang
  • 2 ulas bawang putih, haluskan
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos oriental bbq LKK
  • lada putih
  • sedikit seasoning/cukup rasa

Cara Memasak:

1. Gaulkan kesemua bahan diatas, jika suka boleh letak setitik pewarna merah. Kemudian simpan ayam dalam bekas tertutup, perap semalaman dalam peti ais (bukan freezer).

2. Sapukan sedikit minyak pada kuali non-stick. Susun ayam, masukkan sosnya. Masak atas api kecil sehingga ayam masak sepenuhnya.

3. Akhir sekali sapukan sedikit madu. Angkat, potong dan sedia untuk dihidangkan dengan mee wantan.

Cara Buat Wantan Noodle

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul mee wantan (raw/mentah)
  • sawi/vege
  • daun bawang
  • cili jeruk/cili padi

Bahan Sos:

  • 1 sdm dark soy sauce
  • 1 sdm kicap manis
  • 1 sdm oyster sos
  • sedikit lada putih
  • 1 sdm minyak bijan
  • 1 sdm minyak jagung (opsyenal)

Cara Membuat:

1. Didihkan air, masukkan mee wantan mentah (ada dijual di mana-mana pasaraya). Leraikan dan masak selama 2-3 minit sahaja.

2. Toskan air rebusan. Bilas air sekejap dan toskan lagi. Satukan dengan bahan sos, gaul sebati.

3. Siap untuk dihidangkan bersama dengan char siew chicken tadi dan bahan sampingan lain. Nampak simple je, tapi serious sedap!.

Resepi Wantan Noodle Dengan Char Siew Chicken

Resepi Oleh: Kuali Helena