Nasi

Resepi Nasi Hujan Panas Ringkas

resepi-nasi-hujan-panas-ringkas

Resepi Nasi Hujan Panas Ringkas

Bahan A:

  • 3 cawan beras basmathi – cuci bersih rendam 30 minit dan toskan
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar vanaspati Adela
  • pewarna makanan – merah, hijau, biru dan kuning telur
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 1 sudu makan maggi cukup rasa

Bahan B: Rempah Menumis

  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Bahan C: Kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-Caranya:

1. Panaskan vanaspati adela, tumis bahan B naik bau. Masukkan bahan kisar C, tumis hingga pecah minyak.

2. Letak bahan A, kacau sebati. Masak guna periuk nasi elektrik biarkan masak seperti biasa.

3. Apabila nasi masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan nasi di dalam periuk. Titiskan sedikit pewarna di dalam setiap lubang.

4. Tutup semula periuk nasi dan biarkan warna tadi meresap sebentar. Kemudian gemburkan nasi rata dengan senduk, siap.

Nota:

  • Vanaspati Adela boleh gantikan dengan minyak sapi atau mentega.
  • Jika suka letaklah kismis, biji gajus dan badam.
  • Sesuai dihidang dengan ayam masak hitam apa-apa jenis lauk atau daging.
Resepi Nasi Hujan Panas Ringkas

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish